Wednesday, August 11, 2010



Akhirnya,tarikh dan masa yang kita tunggu – tunggu untuk melaksanakan syariat yang ditetapkan Allah sudah tiba, ayuh kita tunaikan Rukun Islam yang ketiga, Berpuasa di bulan Ramadan!

Kepada manusia – manusia yang amat – amat merindui kasih sayang bulan Ramadan, kini ia sudah berada didalam bulan yang paling dinantikan oleh Umat Islam. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberikan peluang kepada aku untuk terus merasai kemanisan Ramadan di muka bumi ini.

Tak nak tulis panjang – panjang, semoga dipermudahkan segala perbuatan dan amalan di bulan Ramadan yang mulia ini. Yang paling penting bukanlah kuantiti tapi kualiti setiap amalan yang dilakukan oleh kita kepadaNya. AMIN.

No comments:

Post a Comment